Salam Maulidur Rasul 1438H / 2016M

Salam Maulidur Rasul 1438H / 2016M.

Sempena Sambutan Maulidur Rasul tahun ini pada Isnin ini iaitu tanggal 12 Rabiulawal 1438H bersamaan 12 Disember 2016M adalah merupakan tarikh lahir junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Marilah kita selawat keatas Rasulullah, Muhammad SAW



Cara Membaca Selawat  

Disunatkan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW:

  1. Menggunakan kata-kata beradab dan sopan,
  2. Menzahirkan sifat kemuliaan Nabi Muhammad SAW, keagungan darjat, kehormatan dan kebaikkan budi serta jasa Rasulullah SAW.
  3. Paling afdal, berselawat seperti ketika tahiyyat dalam solat.

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد


Ya Allah! Berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau telah member shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanya Dikau sahajalah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia!.


Sempena Sambutan Maulidur Rasul kali ini juga marilah kita sama-sama mengenali lebih dekat lagi akan personaliti insan teragung ini secara ringkas.

Biodata Rasulullah SAW

  • Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin hashim.
  • Tarikh lahir: Subuh Isnin 12 rabiulawal/20 april 571M (dikenali sebagai tahun gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Mekah).
  • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib,Mekah Al-Mukarramah.
  • Nama bapa: Abdullah bin Abu Muttalib bin Hashim.
  • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
  • Pengasuh pertama: Barak ah Al-Habsyiyyah(digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah).
  • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
  • Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-sa’diah (lebih dikenali Halimah Assa’diah.Suaminya bernama Abu Kabsyah).
  • Kewafatan Rasullullah SAW di Madinah Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal 11 Hijrah/08 Jun 632 Masihi.
Isteri-isteri Rasulullah SAW
  1. Khadijah binti Khuwailid
  2. Saudah binti Zam’ah
  3. Aisyah binti Abu bakar
  4. Hafsah binti Umar
  5. Ummu Habibah binti Abu Sufyan
  6. Ummu salamah (Hindun binti Umayyah )
  7. Zainab binti Jahsy
  8. Maimunah binti Haris
  9. Safiyyah binti Huyai
  10. Zainab binti Khuzaimah.
Anak-anak Rasulullah SAW
  1. Qassim
  2. Abdullah
  3. Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqayyah
  6. Ummu Kalsum
  7. Fatimah
Bentuk Fizikal Dan Personaliti Rasulullah SAW:
  • Baginda Rasulullah SAW digambarkan sebagai seorang yang bertubuh tegap dengan ketinggian sederhana dan berkulit kemerah-merahan. 
  • Wajahnya tampan dan berambut tidak begitu kerinting serta tidak begitu lurus, namun ikal mencecah ke bahu.
  • Muhammad SAW juga dikatakan memiliki sepasang mata berwarna hitam pekat, bulu mata yang lentik, bahu yang lebar dan tidak berbulu. Memiliki telapak tangan dan kaki yang tebal.
  • Riwayat juga menyatakan bahawa ketika berjalan, Rasulullah SAW seolah-olah berjalan menuruni tanah yang lanai dan ketika menoleh, baginda menoleh dengan seluruh badan. Diantara kedua-dua bahu baginda terdapat tanda kenabian.
  • Selain itu, Nabi Muhammad SAW juga dikatakan memiliki janggut yang bersih dan terjaga rapi, berhidung mancung, gigi yang tersusun rapi bercahaya tapi renggang sedikit di bahagian hadapan dan rambutnya dibelah tengah.
  • Warna kegemaran : Merah, Putih dan Hijau.
  • Makanan kegemaran : Kurma, Bali, Buah Tin dan Anggur.
  • Sukan kegemaran : Menunggang kuda, memanah dan berenang.

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

Salam Maulidur Rasul 1437H. Mari bersama kita ingat dan renungkan kembali akan 10 Amanat Terakhir Rasulullah kepada kita semua (dari khutbah terakhir Rasulullah SAW) :
  1. Menjaga jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
  2. Jangan kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu. 
  3. Mengingati hari kematian dan hari pembalasan
  4. Menjaga amanah Allah (wanita) dengan menjaga kehormatan mereka
  5. Berwaspada terhadap godaan syaitan demi keselamatan agama Islam walaupun dalam hal-hal yang kecil.
  6. Menjaga kewajiban dan keharmonian suami isteri
  7. Mengharamkan zina
  8. Sempurnakan lima rukun Islam
  9. Mengekalkan ikatan silaturahim sesama Islam (semua umat Islam adalah bersaudara)
  10. Berpegang teguh kepada Al Quran dan Sunnah
"Hendaklah orang-orang yang hadir mendengar ucapanku ini menyampaikannya kepada orang lain yang tidak hadir dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitulah seterusnya. Mungkin nanti orang yang mendengar berita tentang khutbah ini lebih memahami kata-kataku ini dari kamu yang mendengar terus dariku pada hari ini." Nabi Muhammad SAW.

Sumber:
dammahumnib.com
panduanmalaysia.com

No comments

Powered by Blogger.